Skip to main content

Sombongkah aku....

Antara langkah mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong yang hadir tanpa disedari…Dan Allah amat membenci mereka yang sombong. Tanda –tanda sombong …. 1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi. 2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah. 3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya. 4. Memandang hina pada golongan bawahan. 5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan. 6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain. 7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu. 8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya. 9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat. 10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah. 11. To b continue….

Comments

Popular posts from this blog

hidup ini musafir

kadang letih menyapa diri... lelah yang menjalar... menusuk ke hati... dan langkah semakin longlai mendaki... sebuah perjalanan yang tiada henti... kian di atas makin beronak duri... yang melingkari... dengan bekalan yang masih sedikit... muhasabh diri...usah biar masa berlalu... dengan kesalan dalam rindu... pada semalam yang dimakan waktu...

relakan yang bukan takdirmu

Antara Dakwah & Ibubpa ...vol2

Konklusinya .... Dakwah dan ibubapa manakah yang perlu didahului? Memberi ketaatan kepada jemaah dan ketaatan kepada ibubapa… masing-masing mempunyai hujah dan dalil kewajipannya..tetapi ingatlah: Tidak boleh menderhakai ibubapa kerana dakwah… Tetapi Tidak boleh juga meninggalkan  dakwah kerana ibubapa….. Dalam Islam.. Jihad adalah suatu yang sangat mulia…Terlalu banyak petunjuk dari al-Quran yang menunjukkan kemuliaan orang yang berjihad..Namun begitu …keizinan daripada ibubapa tetap diperlukan.. Setiap kader dakwah perlu bijak.. jadilah seperti aliran air yang mengalir.. walaupun dihalang dan disekat ia tetap mampu mengalir mengikut ruang yang ada.. Ibubapalah segala-galanya bagi kita..berbaktilah kepada mereka…sementara kita diberi kesempatan untuk bersama mereka ini… Semoga sedikit penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada “abna’ul harakah” yang sedang berjalan di jalan dakwah… Jangan dengan sedikit ujian yang diberikan kepada kita.. menjadi sebab untuk kita berpisah dari