Skip to main content

Mengapa???

Mengapa aku hidup...??? Bertemu dengan si dia...si A dan si B atau pun si D ..kadang di luar dugaan...kadang rasa kebetulan...tidak mengenal masa dan tempat...namun bertemu dengan tujuan hidup bagi setiap insan sure berlainan...ada yang di usia muda..di usia lanjut...di pertengahan perjalanan baru tersedar..baru bangkit dari lamunan yang hidup ini bukan semata-mata makan tidur...bekerja ...berkeluarga...malah lebih bermakna dari semua itu...bertemu dengan si dia pun memerlukan masa untuk mendalami dan memahami isi atinya..apatah lagi tujuan hidup..nak faham ..nak amal..nak bawa keluar ...berdepan dengan dunia bukan mudah...nak istiqamah apatah lagi.. Mengapa Allah cipta aku andai untuk diseksa...mengapa aku diuji sebegini...mengapa aku begitu..mengapa doaku tidak dimakbul..Mengapa harus aku terus hidup???Persoalan demi persoalan mempertikaikan takdir Allah tanpa sedar.Walhal tidak pernah mencermin diri..tidak pernah memikirkan mahupun berusaha mengenal Yang Maha Mencipta semua ini..itulah kisah silam yang seharusnya menjadi sejarah dalam lembaran semalam...namun mengimbas kembali agar diri sentiasa beringat kejahilan bukan bererti gelap selamanya...kepahitan bukan bererti sakit selamanya..namun kepayahan itulah penawar bagi yang cuba memahami...begitulah Allah mendidik Rasulullah SAW....Baginda membesar bukan dengan kesenangan...setiap ujian adalah tarbiyah buat diri agar lebih tabah dan kreatif menghadapi liku-liku kehidupan. Yang nyata...sematkan dalam diri tujuan hidup ... “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia ,kecuali untuk beribadah kepada-Ku” (Surah Adz-Dzariyat 51:56) Penyerahan,penyembahan...dan ketaatan secara total kepada Allah Yang Esa...Berusaha menjadikan segala perbuatan seharian sebagai satu ibadah dengan niat LillahiTaala..Bermula buka mata dengan doa sehinggalah diri kembali tidur semula. Bersyukurlah bila Allah tegur dengan segala masalah agar diri makin dekat dengan Allah...semoga Allah sentiasa memimpin qta smua dengan hidayah yang tidak putus... (insp....abm)

Comments

Popular posts from this blog

hidup ini musafir

kadang letih menyapa diri... lelah yang menjalar... menusuk ke hati... dan langkah semakin longlai mendaki... sebuah perjalanan yang tiada henti... kian di atas makin beronak duri... yang melingkari... dengan bekalan yang masih sedikit... muhasabh diri...usah biar masa berlalu... dengan kesalan dalam rindu... pada semalam yang dimakan waktu...

relakan yang bukan takdirmu

Antara Dakwah & Ibubpa ...vol2

Konklusinya .... Dakwah dan ibubapa manakah yang perlu didahului? Memberi ketaatan kepada jemaah dan ketaatan kepada ibubapa… masing-masing mempunyai hujah dan dalil kewajipannya..tetapi ingatlah: Tidak boleh menderhakai ibubapa kerana dakwah… Tetapi Tidak boleh juga meninggalkan  dakwah kerana ibubapa….. Dalam Islam.. Jihad adalah suatu yang sangat mulia…Terlalu banyak petunjuk dari al-Quran yang menunjukkan kemuliaan orang yang berjihad..Namun begitu …keizinan daripada ibubapa tetap diperlukan.. Setiap kader dakwah perlu bijak.. jadilah seperti aliran air yang mengalir.. walaupun dihalang dan disekat ia tetap mampu mengalir mengikut ruang yang ada.. Ibubapalah segala-galanya bagi kita..berbaktilah kepada mereka…sementara kita diberi kesempatan untuk bersama mereka ini… Semoga sedikit penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada “abna’ul harakah” yang sedang berjalan di jalan dakwah… Jangan dengan sedikit ujian yang diberikan kepada kita.. menjadi sebab untuk kita berpisah dari