Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

selagi masih ada...

Hidup ini sebenarnya tidaklah sesukar mana kalau kita tahu kita hanyalah hamba dan kita pilih untuk mengikut sahaja rentak takdir yang tersurat...semuanya mudah sahaja. Yang sukar apabilla kita mula melawan ..mula tujuk ego pertahankan apa yang kita mahu...berbanding apa yg Allah beri...terlalu banyak nikmat yang tak terhitung... Apabila kita mahu begini tetapi yang jadinya begitu dan kita enggan menerimanya.... SUDAHLAH..BELAJARLAH MENGALAH ..BELAJAR UNTUK SENTIASA BERSETUJU DENGAN ALLAH.KERANA ALLAH MAHA MENGETAHUI..meski hati sakit..redha from BS ~ kesilapan itu bukanlah kesalahan ,kesilapan yang salah adalah tidak pernah belajar sesuatu daripadanya…..SELAGI MASIH ADA PELUANG... MUHASABAHlah ...usah biar kesilapan semalam terus membayangi...

duhai hati…hiduplah dalam dunia reality…

saat berlalu dan waktu yang berputar…. masih tidak berupaya …. membenamkan segalanya dan…. hanya mampu ku pendam sebuah rasa …. jauh disudut hati.... Pada takdir yang tersurat…. Pertemuan ini bukan satu keinginan…. Untuk kuterus bertahan….. Dalam kesakitan… Dalam kerinduan…. Dalam harapan yang tak kesampaian… Apa yang terdaya…. Berusaha berpijak pada lantai kenyataan…. Agar menjadi kekuatan… Untuk melupakan pada sebuah kisah …. …biarkan menjadi memori pahit…. Yang menjadi indah hanya bila dikenang… Lantaran nokhtahnya…hanya sebuah khayalan.