Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Soutul Amal - Langkah Pejuang (Lirik)

duhai hati..

meminjam kata....biar hati senang atau senang hati.. latih hati sentiasa bersangka baik terutama kepada Allah..jua makhluk.. latih hati sentiasa ingat kepada Allah..dalam zikir pujian mahupun tingkah laku.. latih hati bergantung sepenuhnya kepada Allah dan tidak kepada makhluk semata.. latih hati sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan bersabar dengan setiap ujian.. latih hati sentiasa memohon maaf kepada manusia dan memohon ampun kepada Allah.. semua bermula dari hati..

Antara dua pilihan..

Dalam meniti perjalanan sebuah kehidupan..yang tanpa disedari dalam setiap tindak tanduk ..dalam setiap tutur kata..diri punya dua pilihan..antara baik atau buruk..antara ganjaran dosa dan pahala...antara ya atau tidak.. Antara mahu atau tidak..yang nyata semua meMbawa kepada alam yang kekal iaitu antara Syurga dan Neraka.. Pilihan hanya dua dan terpulang pada diri untuk memilih dalam setiap langkah yang terukir..dalam bicara yang diatur..bermula awal subuh .. mataterbuka sehinggalah mata terlelap tidur ...iaitu mati seketika..diri punya dua pilihan sahaja. ..pilihlah dan bersedialah untuk terima hakikat kesan daripada pilihan yang dibuat..semua pilihan pasti ada risiko..hadapilah selagi diberi peluang..

[Lirik Video] Akim & The Majistret - Potret

semudah abc...

mudahnya nak membuka...payahnya nak menutup. mudahnya nak menyelerakkan sesuatu..beratnya nak mengemas. mudahnya nak membongkar..sukarnya nak memperbaiki semula. mudahnya nak merajuk..sulitnya nak memujuk. mudahnya berbuat salah..peritnya nak mengaku. mudahnya berkata sayang..namun tak mampu nak kotakan. mudahnya berkata rindu..namun tak berdaya nak membuktikan. mudahnya jatuh cinta ..namun tak berusaha merealisasikan. Begitulah cinta kasih pada Allah dan RasulNya..mudah nak mengucap dan berikrar..namun betapa jauh sekali ditunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan. semoga qta sentiasa saling mengingatkan..biarlah bicara yang ditutur dan tingkah yang diatur tanda kasih kepada Ya Rahman Ya Rahim...Ya Wadud..Allahuakbar..dan selawat yang tak putus buat junjungan Baginda yang dikasihi...USAH BIAR DIRI MAKIN JAUHHHH...

Hafiz - Matahari (Lirik + Album Version)

bicara buat yang mengerti...

Duhai mentari... Segala pujian hanya padaMu ya Khaliq....dengan izin & rahmat Mu, Mentari masih muncul dan terus bersinar, Dan diri masih berpeluang melihatnya terbit di ufuk timur, Diri masih berpeluang merasa kehangatannya, Diri masih berpeluang melihatnya tersenyum indah, Membawa semangat gagah dengan cahayanya. Duhai Mentari... Meski ia bersinar bukan kerana ku, Meski ia tersenyum bukan untukku, Meski ia hadir bukan ingin menyapaku... Meski perjalanan harinya bukan bersamaku lagi, Mentari tetap di hati sebagai lambang kekuatan, Berkorban membakar diri demi menyuluh alam semesta, Itulah hakikat hidup ini..kemanisan yang bersifat fana. Duhai mentari.. Siapa diri untuk memuja mu, Siapa diri untuk berharap padamu, Siapa diri untuk mengadu padamu, Siapa diri untuk berpaut padamu, Yang nyata kita sama-sama makhluk yang bernama hamba, Suka atau tidak, Rela atau terpaksa, harus akur pada suratan Pencipta, Kerana DIA yang Mengatur segala, Namun apa yang pasti,Aku akan terus di sin

semalam yang pergi....

Semalam yang pergi pasti tak kembali, Seakan terbayang lambaian dukanya. dan Hari ini perlu dilalui, Aku mendongak, langit putih berseri. dahi berkerut menahan bahang mentari. Aku tidak segalak dulu lagi. Dulu aku bisa mendongak tanpa lenguh. Dulu aku bisa bersuara lantang tanpa lelah, Mampu berdiri lama tanpa rebah, Berjalan jauh tanpa keluh, Bersendiri tanpa resah. Namun itu semalam, Tika ini yang terbentang indah, Duduk berjam terasa letih, Mata berjaga tak mampu sudah, Tenaga kian luntur dah berubah ... Dan kini yang nyata, Sayu melingkar di kalbu, mengenang usia lalu, Walaupun sebahagiannya bersama membantu. Baru terasa rugi perginya waktu, tanpa amal yang wajib dan yg perlu, tanpa ilmu mahupun usaha, yang memberi manfaat kepada sesiapa.

perlukah terus berlari...

Setelah skian lama menjauhi..memaksa diri menutup lembaran lama.mengubur kemas kesah yang pernah terukir di alam maya....walau sering takdir mengatur memandang dari jauh .terasa kecilnya dunia.. Dan tidak pernah terduga.. bertemu lagi..benarlah semakin kita cuba mengelak..semakin pula ia menghampiri..jawapannya..berdepanlah dengan..berlari bukan jalan penyelesaian...meski sakit meski pedih..hadapilah ..tidak diri diuji melainkan mampu menghadapi. Betapa indah aturan Allah.mengisi ruang hidup agar lebih berseri.dengan kisah yang mustahil untuk dipercayai..rahsia yang digenggam erat..sedaya upaya dipadam dari memori ingatan namun bila ditakdirkan bertemu begini.. mana mungkin diri mengelak menyoroti lembaran lalu .. Mengenang bagaimana melepaskan sesuatu yang dihajati..melupakan sesuatu yang menyenangkan..meski dikau tidak pernah peduli yang jauh di sudut hati tak sanggup melihatmu terus begini..bila bicara dan teguran bagai angin lalu padamu.sedangkan dikau lebih berilmu.. N

akhirnya terbalas jua...

Adil... Tiada yang lebih adil...melainkan Ya Adl ...Maha Adil lagi Berkuasa. Ibarat roda yang berputar.apa yang mereka lalui pasti turut sama dirasa samada dalam situasi yang sama atau insan yang berbeza..hukum alam. Cukuplah diri sedar dalam tingkah dan bicara.. letakkan diri dalam situasi mereka..tingkah usah terlalu menyakitkan...bicara usah melampaui batas..kelak kembali padamu. Samada sengaja atau tidak, daku terima ketentuan..telah ku rasa sakitnya terpinggir.. Puas memohon maaf tidak akan mengubah kenyataan.melangkah pergi itu langkah terbaik. Berjuta kali menjauhi namun seakan bayang terus mengekori..dihampakan setelah menghampakan lumrah perjalanan sebuah kehidupan bernama hamba...layak untuk terus diuji..dan diuji...tanpa ujian tidak mungkin tahap kesabaranmu dapat di ukur...sabar itu tiada batasnya.. Kembalikan hatimu pada Nya..yang sentiasa menanti untuk mendengar.

Biar JELAS....

Biar JELAS.... Biar jelas langkah ini.. Biar ada matlamat... visi dan misi Biar ada objektif ..harapan dan impian Diri bukan sesiapa untuk berkongsi Diri bukan meminta untuk dihargai Diri bukan meminta untuk disimpati Jauh sekali untuk dipuji... Meski kelak akan teruji.. Dengan sengih mahupun mengeji.. walau sakit walau perit harus dilalui Smoga terpelihara niat di hati Mencari redha Allah dengan usaha yang sekecil ini Memberi manfaat dengan pena jari Itulah matlamat yang rasanya semua tahu... Mencari bekal untuk kembali ke tempat asal.. Jannah ataupun bakaran api yang kekal abadi. Semua terbentang dengan izin Ya Rahman Ya Rahim... Untuk ku Menumpang di sudut ini Mencari dan mengenali diri..melalui sejarah hidup yang dilewati Agar dapat kusedari silap yang tersembunyi Memperbaiki langkah yang tersasar Menjadikan kelemahan satu kekuatan Mencipta keyakinan di saat bersendirian harapan agar Menjadi panduan bagi yang ingin memahami Sebagai ingatan bagi yang ingin mengerti Seba

awalan dari niat

Assalamualaikum  ..bsyukr dgn izin Allah jari ini boleh menaip lagi meneruskan langkah yg seterusnya...setelah tapak bermula..usah berpaling.. namun dalam apapun yg dilakukan..niat paling penting..mengapa daku memilih untuk mengorak langkah disini...untuk apa...kerana siapa...???

Jumaat yang terpilih....

Alhamdulillah..setinggi kesyukuran Qu  panjatkan kehadrat Allah swt dengan izin Nya ..akhirnya bermulalah sebuah perjalanan melalui pena ini..setetlah sekian lama mencuba..Jumaat adalah hari yang terpilih dan bersejarah untuk Qu memulakan satu langkah baru dalam perjalanan hidup penuh sandiwara ini..Syukran Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..Ya Aziz Ya Jabbar..   Semoga satu langkah ini akan membawa seribu langkah lagi untuk diri dekat dengan Mu...ya Rabb..