Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Soutul Amal - Langkah Pejuang (Lirik)

duhai hati..

meminjam kata....biar hati senang atau senang hati.. latih hati sentiasa bersangka baik terutama kepada Allah..jua makhluk.. latih hati sentiasa ingat kepada Allah..dalam zikir pujian mahupun tingkah laku.. latih hati bergantung sepenuhnya kepada Allah dan tidak kepada makhluk semata.. latih hati sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan bersabar dengan setiap ujian.. latih hati sentiasa memohon maaf kepada manusia dan memohon ampun kepada Allah.. semua bermula dari hati..

Antara dua pilihan..

Dalam meniti perjalanan sebuah kehidupan..yang tanpa disedari dalam setiap tindak tanduk ..dalam setiap tutur kata..diri punya dua pilihan..antara baik atau buruk..antara ganjaran dosa dan pahala...antara ya atau tidak.. Antara mahu atau tidak..yang nyata semua meMbawa kepada alam yang kekal iaitu antara Syurga dan Neraka.. Pilihan hanya dua dan terpulang pada diri untuk memilih dalam setiap langkah yang terukir..dalam bicara yang diatur..bermula awal subuh .. mataterbuka sehinggalah mata terlelap tidur ...iaitu mati seketika..diri punya dua pilihan sahaja. ..pilihlah dan bersedialah untuk terima hakikat kesan daripada pilihan yang dibuat..semua pilihan pasti ada risiko..hadapilah selagi diberi peluang..

[Lirik Video] Akim & The Majistret - Potret

semudah abc...

mudahnya nak membuka...payahnya nak menutup. mudahnya nak menyelerakkan sesuatu..beratnya nak mengemas. mudahnya nak membongkar..sukarnya nak memperbaiki semula. mudahnya nak merajuk..sulitnya nak memujuk. mudahnya berbuat salah..peritnya nak mengaku. mudahnya berkata sayang..namun tak mampu nak kotakan. mudahnya berkata rindu..namun tak berdaya nak membuktikan. mudahnya jatuh cinta ..namun tak berusaha merealisasikan. Begitulah cinta kasih pada Allah dan RasulNya..mudah nak mengucap dan berikrar..namun betapa jauh sekali ditunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan. semoga qta sentiasa saling mengingatkan..biarlah bicara yang ditutur dan tingkah yang diatur tanda kasih kepada Ya Rahman Ya Rahim...Ya Wadud..Allahuakbar..dan selawat yang tak putus buat junjungan Baginda yang dikasihi...USAH BIAR DIRI MAKIN JAUHHHH...

Hafiz - Matahari (Lirik + Album Version)

bicara buat yang mengerti...

Duhai mentari... Segala pujian hanya padaMu ya Khaliq....dengan izin & rahmat Mu, Mentari masih muncul dan terus bersinar, Dan diri masih berpeluang melihatnya terbit di ufuk timur, Diri masih berpeluang merasa kehangatannya, Diri masih berpeluang melihatnya tersenyum indah, Membawa semangat gagah dengan cahayanya. Duhai Mentari... Meski ia bersinar bukan kerana ku, Meski ia tersenyum bukan untukku, Meski ia hadir bukan ingin menyapaku... Meski perjalanan harinya bukan bersamaku lagi, Mentari tetap di hati sebagai lambang kekuatan, Berkorban membakar diri demi menyuluh alam semesta, Itulah hakikat hidup ini..kemanisan yang bersifat fana. Duhai mentari.. Siapa diri untuk memuja mu, Siapa diri untuk berharap padamu, Siapa diri untuk mengadu padamu, Siapa diri untuk berpaut padamu, Yang nyata kita sama-sama makhluk yang bernama hamba, Suka atau tidak, Rela atau terpaksa, harus akur pada suratan Pencipta, Kerana DIA yang Mengatur segala, Namun apa yang pasti,Aku akan terus di sin

semalam yang pergi....

Semalam yang pergi pasti tak kembali, Seakan terbayang lambaian dukanya. dan Hari ini perlu dilalui, Aku mendongak, langit putih berseri. dahi berkerut menahan bahang mentari. Aku tidak segalak dulu lagi. Dulu aku bisa mendongak tanpa lenguh. Dulu aku bisa bersuara lantang tanpa lelah, Mampu berdiri lama tanpa rebah, Berjalan jauh tanpa keluh, Bersendiri tanpa resah. Namun itu semalam, Tika ini yang terbentang indah, Duduk berjam terasa letih, Mata berjaga tak mampu sudah, Tenaga kian luntur dah berubah ... Dan kini yang nyata, Sayu melingkar di kalbu, mengenang usia lalu, Walaupun sebahagiannya bersama membantu. Baru terasa rugi perginya waktu, tanpa amal yang wajib dan yg perlu, tanpa ilmu mahupun usaha, yang memberi manfaat kepada sesiapa.