Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

mencaribahagia

Genggam bahagia... Benarkah bahagia itu dalam genggaman diri... Benarkah senyuman itu milik diri? Tak salah mencuba.... uSah berharap sesuatu untuk membuat diri tersenyum.. namun tersenyumlah untuk membuat diri Berasa bersyukur ...yang dengan nya... membuat diri bahgia... Bahagia dengan apa yang ada... Berusaha terima seadanya... Buang rasa iri ...hindari penyakit hati... Perlahan-lahan Redha dengan ketentuan... Bahgia melihat insan di sisi bergembira... Dan dengan itu ..diri mengatur langkah...mencuba membuatmu tersenyum.. Meski tak sepenuh hati...dengan harapan segala kesakitan itu .. dapat kuketepikan walau sesaat cuma...dan yang seterusnya ku serahkan pada takdir yang terbentang... nikmat itu sekadar pinjaman...tiada yang kekal..tetaplah bertahan...dengan senyum dan air mata... lantaran semua itu menjadikan sebuah kehidupan itu indah dan bermakna.... Ya Rahman Ya Rahiim tidak pernah membiarmu sendiri...sisipkan doa yang tak henti...pahat impian menjadi ahli syurgawi...dan BERJUA

#INGATKANDAKU2

3 . Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. Saya juga beriman bahawa Rasul terakhir dari kalangan Rasul-rasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang berkekalan. Firman Allah s.w.t: وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petun

#INGATKANDAKU

mari Beramal..ingatan pada diriku yg sering alpa... Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam akidah maka saya mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut: 1 . Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa. Firman Allah s.w.t: لوْ كَانَ فِيهِمَا ءَالِهَة إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ ٌ Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang me

#bertemu&berpisah

~ tiap pertemuan yang terukir...tiap persahabatan yang terjalin...tiap ukhwah yang tersimpul...bukan d takdirkan sia-sia...setiap manis dan pahitnya ada pengajaran yg Allah sisipkan...terima dan simpanlah sbgai pngajaran hdp...sykr ya Rahman...ats pinjaman ...terima kasih smua cuz pena hadir mengisi diari penuh bererti...biarlah pertemuan dan perpisahan ini hnya kerana kasihNya....20 01 2019

its come again...thanksgiving

segala puji ya Khaliq...Alhamdulillah...saat dan detik ini kembali lagi...angka yang meningkat diharapkan dapat memberi ingatan untuk kembali menghargai masa dan ruang yang masih bersisa ini....ku simpan rasa yang tak perlu didendang ...moga ada sesuatu yang menghiasi hari-hari akan datang...29 01 2019 nice date

my Insecurities...juz 2day i noe it