Kerana mimpi aku bangkit....kerana mimpi aku mula sedar..kerana mimpi aku masih mampu berdiri..kerana mimpi aku memahat keyakinan...kerana mimpi aku mencipta kekuatan..kerana mimpi aku bisa mengukir senyuman..kerana mimpi semangat kembali menyengat..kerana mimpi aku berusaha menanam impian...meski ku tahu semua itu fana disapa mentari pagi....walau sementara tidak Allah jadikan ia sia-sia...ambil pengajaran dan buang kepahitan...selama masih diizinkan..ku simpan mimpi ini di sudut hati...dengan realiti untuk ku terus berdepan dengan mu..berbicara dengan rasa yang terpendam...mengikis resah yang kian bersarang...memadam cemburu yang hadir memburu...namun dipaksa diri untuk berada di sisimu di saat mu memerlukan...mengiyakan segala arahan yang diturunkan...menjadikan harapanmu dekat dengan sempurna...berusaha mendoakan yang terbaik buatmu...meski kelak hati itu terhiris lagi...