Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Mawi feat KRU- Sujud [lirik]

kerana aura...

Hati itu sukar difahami...kadang membisikkan sesuatu yang diluar jangkaan...bisikan syaitonirrojim...mengapa la shbt sorang macam tu..yang sorang ni mengapala macam ni.. Berpusing otak memikirkan rasa yang terbit dalam hati tanpa diundang.dinginnya...bicaranya..pandangan matanya..cukup membuat hati penasaran...bersanga baik sahabat..mudah dikata payah dikota.lantaran hati itu sifatnya berbolak balik. Tanpa sedar aura kurang senang akan sampai ...sedangkan dia tidak tahu pun kita tidak puas hati dengan nya...pujuklah hati...teruskan bersangka baik..mohon maaf secara terbuka..maafkan diri ini Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia.Setiap yang terjadi pasti ada sebab dan hikmah bagi mereka yang mahu berfikir dan mengambil iktibar darinya.Disaat diri bermain dengan perasaan...ada yang mengadu masalah hati yang turut sama bergelora di dalam dada.Dengan rasa yang berkecamuk, masih sempat memberi nasihat dan motivasi ..Allah Maha Megasihani...Allah beri ilham melalui masalah orang lain.Wa

POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama dengan lirik | with lyric [HQ Audio]

Bicara sepi buatmu ....

Puas sudah ku pendam..malah tak pernah ku berangan. Pada sebuah rasa yang tak mampu dikongsi dengan mu..cukuplah pena ini ..menjadi saksi Pada sebuah rasa yang tak terungkap, Mungkin sehingga deru nafas terakhir ini, Aku tak berpeluang menatapmu, Takdir mengatur perkenalan ini ,berkali ku menduga segalanya sudah berakhir.namun yang nyata kita hanya terpisah oleh laut china selatan...ingatan masih ada..walau bertahun sudah berlalu. Sehingga satu saat aku sudah mengalah..untuk terus menyimpan impian, Hanya tinggal kenangan yang berkubur tanpa nisan,namun ku gagahkan,melakar bicara ini,agar bisa Kujadikan sebuah tugu tak bernama jauh di sudut hati. Teman..berbicara denganmu seperti berhadapan dengan diri sendiri..pandangan dan harapan kita serupa.. Terlalu hampir...peribadimu mengagumkan bagi yang memahami..daku mengingatkan diri..setiap insan yang Allah pinjamkan pasti tersimpan hikmah..mengenalimu memberi inspirasi..pengetahuanmu kadang di luar jangkaan ku sebagai seorang muslim...

Mengapa???

Mengapa aku hidup...??? Bertemu dengan si dia...si A dan si B atau pun si D ..kadang di luar dugaan...kadang rasa kebetulan...tidak mengenal masa dan tempat...namun bertemu dengan tujuan hidup bagi setiap insan sure berlainan...ada yang di usia muda..di usia lanjut...di pertengahan perjalanan baru tersedar..baru bangkit dari lamunan yang hidup ini bukan semata-mata makan tidur...bekerja ...berkeluarga...malah lebih bermakna dari semua itu...bertemu dengan si dia pun memerlukan masa untuk mendalami dan memahami isi atinya..apatah lagi tujuan hidup..nak faham ..nak amal..nak bawa keluar ...berdepan dengan dunia bukan mudah...nak istiqamah apatah lagi.. Mengapa Allah cipta aku andai untuk diseksa...mengapa aku diuji sebegini...mengapa aku begitu..mengapa doaku tidak dimakbul..Mengapa harus aku terus hidup???Persoalan demi persoalan mempertikaikan takdir Allah tanpa sedar.Walhal tidak pernah mencermin diri..tidak pernah memikirkan mahupun berusaha mengenal Yang Maha Mencipta semua ini..

Ippo Hafiz - HidayahMu (LIRIK)

Kembara sebuah resah...

Dikala hening subuh Diri terjaga dari lena Tiada tergambar di minda Hanya sebuah resah Resah pada hari yang tak pasti Resah andai terluka lagi Resah andai air mata menitis lagiDikala hening subuh Diri terjaga dari lena Tiada tergambar di minda Hanya sebuah resah Resah pada hari yang tak pasti Resah andai terluka lagi Resah andai air mata menitis lagi Resah andai kehilangan insan disayangi Resah pada rezeqi yang tak pasti Resah pada begitu dan begini Setelah hari berlalu Di kala mentari kembali beradu Resah itu masih bertamu Menemani hati tanpa jemu Resah resah oh resah Akhirnya yang pasti Mengapa harus dibiar resah Terus bersarang Menjadi bebayang Di setiap langkah perjalanan Sedarlah wahai diri Kembalikan resah ini Kepada Yang Maha Mengetahui Pengatur terbaik sebuah hakiki Sebuah kehidupan yang abadi Kembara resah ini Tidak akan berakhir Andai terus begini Bangkitlah ....hadapi realiti Hari esok bukan milik sendiri Yakinlah Allah Maha Pemberi... Resah andai kehilangan in

sombongkah aku vol 2...

11.Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.not easy to respect u… 12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap. 13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.Jauhkanlah… 14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.kalau pendiam…...? 15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang….selalu lupa diri sebab seronok perkata keburukan orang… 16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain….semua pemberian dari Allah..tanda syukur say tQ 17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri. 18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain….Sakitnya Tuhan saja yang tahu 19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan.

Sombongkah aku....

Antara langkah mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong yang hadir tanpa disedari…Dan Allah amat membenci mereka yang sombong. Tanda –tanda sombong …. 1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi. 2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah. 3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra,