meminjam kata....biar hati senang atau senang hati..
latih hati sentiasa bersangka baik terutama kepada Allah..jua makhluk..
latih hati sentiasa ingat kepada Allah..dalam zikir pujian mahupun tingkah laku..
latih hati bergantung sepenuhnya kepada Allah dan tidak kepada makhluk semata..
latih hati sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan bersabar dengan setiap ujian..
latih hati sentiasa memohon maaf kepada manusia dan memohon ampun kepada Allah..
semua bermula dari hati..
Antara langkah mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong yang hadir tanpa disedari…Dan Allah amat membenci mereka yang sombong. Tanda –tanda sombong …. 1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi. 2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah. 3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, ...

Comments
Post a Comment