mudahnya nak membuka...payahnya nak menutup.
mudahnya nak menyelerakkan sesuatu..beratnya nak mengemas.
mudahnya nak membongkar..sukarnya nak memperbaiki semula.
mudahnya nak merajuk..sulitnya nak memujuk.
mudahnya berbuat salah..peritnya nak mengaku.
mudahnya berkata sayang..namun tak mampu nak kotakan.
mudahnya berkata rindu..namun tak berdaya nak membuktikan.
mudahnya jatuh cinta ..namun tak berusaha merealisasikan.
Begitulah cinta kasih pada Allah dan RasulNya..mudah nak mengucap dan berikrar..namun betapa jauh sekali ditunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan.
semoga qta sentiasa saling mengingatkan..biarlah bicara yang ditutur dan tingkah yang diatur tanda kasih kepada Ya Rahman Ya Rahim...Ya Wadud..Allahuakbar..dan selawat yang tak putus buat junjungan Baginda yang dikasihi...USAH BIAR DIRI MAKIN JAUHHHH...
Antara langkah mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong yang hadir tanpa disedari…Dan Allah amat membenci mereka yang sombong. Tanda –tanda sombong …. 1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi. 2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah. 3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, ...
Comments
Post a Comment