Dalam meniti perjalanan sebuah kehidupan..yang tanpa disedari dalam setiap tindak tanduk ..dalam setiap tutur kata..diri punya dua pilihan..antara baik atau buruk..antara ganjaran dosa dan pahala...antara ya atau tidak..
Antara mahu atau tidak..yang nyata semua meMbawa kepada alam yang kekal iaitu antara Syurga dan Neraka..
Pilihan hanya dua dan terpulang pada diri untuk memilih dalam setiap langkah yang terukir..dalam bicara yang diatur..bermula awal subuh .. mataterbuka sehinggalah mata terlelap tidur ...iaitu mati seketika..diri punya dua pilihan sahaja. ..pilihlah dan bersedialah untuk terima hakikat kesan daripada pilihan yang dibuat..semua pilihan pasti ada risiko..hadapilah selagi diberi peluang..
Antara langkah mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong yang hadir tanpa disedari…Dan Allah amat membenci mereka yang sombong. Tanda –tanda sombong …. 1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi. 2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah. 3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, ...
Comments
Post a Comment