Skip to main content

Antara Dakwah & Ibubpa ...vol2

Konklusinya.... Dakwah dan ibubapa manakah yang perlu didahului? Memberi ketaatan kepada jemaah dan ketaatan kepada ibubapa… masing-masing mempunyai hujah dan dalil kewajipannya..tetapi ingatlah: Tidak boleh menderhakai ibubapa kerana dakwah… Tetapi Tidak boleh juga meninggalkan  dakwah kerana ibubapa….. Dalam Islam.. Jihad adalah suatu yang sangat mulia…Terlalu banyak petunjuk dari al-Quran yang menunjukkan kemuliaan orang yang berjihad..Namun begitu …keizinan daripada ibubapa tetap diperlukan.. Setiap kader dakwah perlu bijak.. jadilah seperti aliran air yang mengalir.. walaupun dihalang dan disekat ia tetap mampu mengalir mengikut ruang yang ada..
Ibubapalah segala-galanya bagi kita..berbaktilah kepada mereka…sementara kita diberi kesempatan untuk bersama mereka ini… Semoga sedikit penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada “abna’ul harakah” yang sedang berjalan di jalan dakwah… Jangan dengan sedikit ujian yang diberikan kepada kita.. menjadi sebab untuk kita berpisah dari gerakan dakwah… Jangan sekali-kali kita memohon keluar daripada jemaah.. kerana mungkin hari ini kita terhalang untuk melakukan gerak kerja yang mulia ini… tetapi mungkin kita mempunyai ruang dan furshoh yang baik pada masa akan datang… Begitu juga dengan sahabat-sahabat kita yang lain..hari ini mereka berkesempatan… tetapi mungkin di kemudian hari mereka terhalang…. Sesungguhnya setiap sahabat-sahabat dan ahli dalam jemaah perlu menampung segala kelemahan antara satu sama lain.. Tidak ada manusia yang sempurna…seniority seseorang dalam jemaah tidak akan memberi jaminan bahawa ia mampu melakukan sesuatu kerja jemaah tanpa kekurangan…. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa.. selebihnya adalah urusan Allah SWT.. Sekian, siiru ‘ala baarakitllah… From:tintausrah

Comments

Popular posts from this blog

Sombongkah aku....

Antara langkah mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong yang hadir tanpa disedari…Dan Allah amat membenci mereka yang sombong. Tanda –tanda sombong …. 1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi. 2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah. 3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, ...

~saat yang tak mungkin kembali...

menjelang hari beranjaknya satu tangga angka yang mengubah banyak perkara yang pada mata hanya perkara biasa...masih mampu tersenyum..masih mampu bergelak ketawa..masih mampu bernafas ..masih mampu memandang birunya langit dan merasa basahnya rintik hujan...menjelang hari bertambahnya angka itu seakan begitu pantas masa berlalu.terasa baru semalam ia berubah..hari ini ia berubah lagi..namun diri masih sama...masih begini..menanti dan terus menanti... cuma bezanya kali ini aku melalui hari ini jauh dari keluarga tercinta..jauh dari bumi kelahiran..apapun ia akan menjadi kenangan yang terpahat..melaluinya dengan linangan air mata yang keluar tanpa diundang..mengalir deras walau berkali ditahan hanya kerana slot masa hari itu di isi dengan mengenang detik-detik perjuangan membawa risalah Nabi Muhammad S.A.W...Kita bukan kalah tetapi belum menang lantaran kejayaan sebenar adalah usaha demi usaha yang mendapat ganjaran Allah...bukan dilihat pada hasil tetapi kepada sejauh mana diri berusa...

Kegagalan demi kegagalan

 kegagalan demi kegagalan mengekori berulang kali mencuba dan terus mencuba namun hanya buntu yang menemui sehingga rasa hampa bertamu  menghimpit sesak di dada mungkinkah semua akan berakhir Jika diri memilih untuk berhenti berjuang Pada saat ini sedangkan  Begitu lama bertahan Akan sia sia kah  Segala sakit pahit  Yang pernah dilalui Tanpa hasil yang diharapkan... Duhai hati ...teruskan bertahan