Skip to main content

Antara Dakwah dan Ibubapa ? vol1

بسم الله الرحمن الرحيم Mana yang lebih utama antara tanggungjawab dakwah dan ketaatan kepada ibubapa? Persoalan ini sememangnya menjadi kebiasaan kepada … Sesiapa yang terlibat dengan gerak kerja dakwah pastinya akan berhadapan dengan persoalan seperti ini… Dakwah adalah satu amanah yang penting dan perlu digalas oleh setiap insan yang bergelar khalifah… iaitu menegakkan agama dan menguruskan dunia dengan manual agama yang diberi garis panduan oleh Allah SWT sendiri … Jika ditanya mana yang lebih penting: Ibubapakah atau dakwah? Dan manakah yang perlu didahulukan? Untuk menjawab persoalan ini… setiap mereka yang berjalan di jalan dakwah memerlukan kebijaksanaan dalam membuat pertimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara amanah dakwah dan ibubapa.. Inilah masanya kita perlu menggunakan segala pengalaman dan kebijakasanaan dalam menentukan aulawiyyat kehidupan.. Namun di sana…tak kurang ada juga dalam kalangan “Abna’ul Harakah” ada juga dengan tanpa rasa bersalah membohongi ibubapa dalam mengerjakan gerak kerja dakwah… katanya: Tak mengapa demi maslahah dakwah, kita disunatkan berbohong walaupun kepada ibubapa sendiri… Imam al-Ghazali telah menyebut dalam kitabnya ‘Ma‘zhatul mukmin’ Berbohong adalah diharamkan melainkan dalam perkara berikut hukumya berubah menjadi: i.                     Harus : Untuk mendamaikan manusia yang berselisih. ii.                   Wajib : Untuk menjaga nyawa manusia. Walau bagaimanapun, dua perkara di atas bukanlah boleh digunakan sesuka hati dan setiap masa.. ibarat garam dalam masakan.. gunalah secukup rasa, jika terlebih akan memudharatkan….Ingat: Kita tidak mahu menjadi anak yang derhaka… Kedudukan Ibubapa dalam Islam Ibubapa dalam kaca mata Islam mempunyai kedudukan yang istimewa. Terlalu banyak petunjuk daripada al-Quran yang memerintahkan anak-anak supaya mematuhi dan berbuat baik kepada keduanya..Perintah dan arahan supaya berbuat baik kepada ibubapa ini adalah suatu kewajipan yang tidak boleh dipantang enteng oleh anak-anak selagi mana tiada kemaksiatan kepada Allah SWT. Antaranya beberapa firman Allah Taala: 1. “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa” (Surah al-Nisa’ 4: 36 Berdasarkan ini, sepatutnya kita lebih berhati-hati… dalam setiap tanduk yang kita lakukan terutama yang berkait rapat dengan kedua ibubapa…
Berjihad dan keredhaan ibubapa seharusnya seiring…Jangan sampai kita mencari sesuatu kebaikan tetapi melupakan kebaikan yang perlu diutamakan…Ingatlah: “Keredhaan Allah SWT  bergantung kepada keredhaan ibubapa” Diriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a berkata: “Aku bertanya kepada Nabi Muhammad SAW : “Apakah amal perbuatan yang dikasihi oleh Allah? Lalu Baginda bersabda: “Solat pada waktunya”. Kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibubapa”. Aku bertanya lagi: “Kemudian apa lagi?” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah”. Dalam hadith ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa berbuat baik kepada ibubapa mengatasi jihad pada jalan Allah.. Dalam hadith yang lain pula, menunjukkan betapa seorang anak yang ingin turut serta dalam berjihad wajib terlebih dahulu mendapat keizinan daripada kedua ibubapanya. Ini sebagaimana yang disebut oleh Abu Said al-Khudri r.a: “Ada seorang pemuda dari Yaman yang berhijrah kepada Rasulullah SAW semata-mata untuk berjihad, lalu Baginda SAW bertanya: “Adakah engkau mempunyai seseorang di Yaman? Jawab pemuda tersebut: “Ibubapaku”. Rasulullah SAW bertanya lagi: “Adakah mereka member keizinan kepada engkau?” Jawab pemuda tersebut: “Tidak”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepda mereka berdua, dan minta izinlah! Jika mereka izinkan, maka berjihadlah! Tetapi jika tidak…Maka berbuat baiklah kepada mereka berdua”. share from tintausrah...

Comments

Popular posts from this blog

Sombongkah aku....

Antara langkah mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong yang hadir tanpa disedari…Dan Allah amat membenci mereka yang sombong. Tanda –tanda sombong …. 1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi. 2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah. 3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, ...

~saat yang tak mungkin kembali...

menjelang hari beranjaknya satu tangga angka yang mengubah banyak perkara yang pada mata hanya perkara biasa...masih mampu tersenyum..masih mampu bergelak ketawa..masih mampu bernafas ..masih mampu memandang birunya langit dan merasa basahnya rintik hujan...menjelang hari bertambahnya angka itu seakan begitu pantas masa berlalu.terasa baru semalam ia berubah..hari ini ia berubah lagi..namun diri masih sama...masih begini..menanti dan terus menanti... cuma bezanya kali ini aku melalui hari ini jauh dari keluarga tercinta..jauh dari bumi kelahiran..apapun ia akan menjadi kenangan yang terpahat..melaluinya dengan linangan air mata yang keluar tanpa diundang..mengalir deras walau berkali ditahan hanya kerana slot masa hari itu di isi dengan mengenang detik-detik perjuangan membawa risalah Nabi Muhammad S.A.W...Kita bukan kalah tetapi belum menang lantaran kejayaan sebenar adalah usaha demi usaha yang mendapat ganjaran Allah...bukan dilihat pada hasil tetapi kepada sejauh mana diri berusa...

duhai hati…hiduplah dalam dunia reality…

saat berlalu dan waktu yang berputar…. masih tidak berupaya …. membenamkan segalanya dan…. hanya mampu ku pendam sebuah rasa …. jauh disudut hati.... Pada takdir yang tersurat…. Pertemuan ini bukan satu keinginan…. Untuk kuterus bertahan….. Dalam kesakitan… Dalam kerinduan…. Dalam harapan yang tak kesampaian… Apa yang terdaya…. Berusaha berpijak pada lantai kenyataan…. Agar menjadi kekuatan… Untuk melupakan pada sebuah kisah …. …biarkan menjadi memori pahit…. Yang menjadi indah hanya bila dikenang… Lantaran nokhtahnya…hanya sebuah khayalan.