Genggam bahagia...
Benarkah bahagia itu dalam genggaman diri...
Benarkah senyuman itu milik diri?
Tak salah mencuba....
uSah berharap sesuatu untuk membuat diri tersenyum..
namun tersenyumlah untuk membuat diri
Berasa bersyukur ...yang dengan nya... membuat diri bahgia...
Bahagia dengan apa yang ada...
Berusaha terima seadanya...
Buang rasa iri ...hindari penyakit hati...
Perlahan-lahan Redha dengan ketentuan...
Bahgia melihat insan di sisi bergembira...
Dan dengan itu ..diri mengatur langkah...mencuba membuatmu tersenyum..
Meski tak sepenuh hati...dengan harapan segala kesakitan itu ..
dapat kuketepikan walau sesaat cuma...dan yang seterusnya ku serahkan pada takdir yang terbentang...
nikmat itu sekadar pinjaman...tiada yang kekal..tetaplah bertahan...dengan senyum dan air mata...
lantaran semua itu menjadikan sebuah kehidupan itu indah dan bermakna.... Ya Rahman Ya Rahiim tidak pernah membiarmu sendiri...sisipkan doa yang tak henti...pahat impian menjadi ahli syurgawi...dan BERJUANGLAH untuknya tanpa jemu..moga Allah ya Aziz memberkati...29 01 2019
Antara langkah mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong yang hadir tanpa disedari…Dan Allah amat membenci mereka yang sombong. Tanda –tanda sombong …. 1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi. 2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah. 3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, ...
Comments
Post a Comment