Pinjamkan daku hatimu,
Meski kutahu semua itu sementara,
Meski ku tahu hujungnya tiada kepastian meski hadirmu sekadar asbab,
Biarkan ia menjadi sebab untuk ku memulakan langkah baru,
Dia pinjamkan mu ..mengukir resah dalam senyuman,
Untuk diri bangkit kembali dari nista lalu,
Walaupun hakikat hijrahlah kerana Nya,
Agar diri berjaya dan tidak kecewa,
Yakinlah ketentuan Allah adalah yang terindah,
Meski pahit harus ku telan,
Moga menjadi penawar duka,
Walau sebentar cuma,
menghiasi lorong perjalanan,
yang tinggal sisa,
bila-bila akan kembali...
ingatkan bicara ini...
Semendung mana pun awan.
Langit tetap biru.
Sesakit mana pun luka.
Redha tetap perlu.
Sesunyi mana pun insan.
Allah sentiasa ada untukmu....(cp)
Antara langkah mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong yang hadir tanpa disedari…Dan Allah amat membenci mereka yang sombong. Tanda –tanda sombong …. 1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi. 2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah. 3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, ...
Comments
Post a Comment