meminjam kata`~jika kita mampu mengawal hati di dalam solat ,insya Allah diri mampu mengawal hati di luar solat.Hati yag berhubung dengan Allah tidak akan terguris dengan kata-kata dan karenah manusia.
Namun jika hati masih liar dan masih sukar dikawal,itu petanda solat belum khusyuk,zikir perlu mantap.
Jika hati masih mudah terluka dengan bicara dan karenah manusia,jika masih ada masalah hubungan sesama insan di sekelilingmu...itu antara petunjuk hubungan diri masih LEMAH dengan Allah....
Antara langkah mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong yang hadir tanpa disedari…Dan Allah amat membenci mereka yang sombong. Tanda –tanda sombong …. 1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi. 2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah. 3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, ...
Comments
Post a Comment