Skip to main content

~akhirnya dikau kembali

Akhirnya kembali lagi…tak terasa setahun berlalu..hijrah itu kembali bertamu ..mengimbau sirah perjuangan…Rasulullah idola tercinta…seakan baru semalam menanam azam..kini tiba saat memandang diri…ke mana segala impi…masih kah di awangan atau sudah berpijak di bumi nyata…apa yang pasti hadirnya hijrah satu muhasabah…perbaharui niat dan azam…soroti kembali segala persoalan…ke mana tuju hidup ini…bertambah kah amalan …tahap mana keimanan diri…berjayakah dijauhi…segala maksiat yang sering menghampiri…istiqomah kah kebaikan yang dibuat…ikhlaskah hati dalam apa jua …berapa kali kaki sujud menyembah bumi di kala malam pekat menyepi…menangisi kelemahan diri…dan dosa yang tak pernah pergi…untuk Allah dan Rasul..terbuktikah cinta yang di damba..terasa kah nikmat rindu pada kasih sayang ilahi …rindu pada perjuangan Rasulullah mengajak kepada Islam..cukupkah pengorbanan selama ini tanda kasih seorang hamba dan umat…harta,jiwa dan tenagamu…cukupkah …di sisi Allah bernilaikah???...tiada siapa yang tahu…ya Rabb…INGATAN UNTUK KE SEKIAN KALINYA…bersyukurku tak terhingga ..peluang masih ada…meski berkali ku biar masa beredar …dan waktu berlalu tanpa sedar….hanya doa berulang kupanjatkan…semoga Allah ya Qowiy Ya Matin memberi kekuatan dan kesihatan untuk istiqomah di jalan Nya yang berliku ini...Amiin

Comments

Popular posts from this blog

Sombongkah aku....

Antara langkah mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong yang hadir tanpa disedari…Dan Allah amat membenci mereka yang sombong. Tanda –tanda sombong …. 1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi. 2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah. 3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, ...

~saat yang tak mungkin kembali...

menjelang hari beranjaknya satu tangga angka yang mengubah banyak perkara yang pada mata hanya perkara biasa...masih mampu tersenyum..masih mampu bergelak ketawa..masih mampu bernafas ..masih mampu memandang birunya langit dan merasa basahnya rintik hujan...menjelang hari bertambahnya angka itu seakan begitu pantas masa berlalu.terasa baru semalam ia berubah..hari ini ia berubah lagi..namun diri masih sama...masih begini..menanti dan terus menanti... cuma bezanya kali ini aku melalui hari ini jauh dari keluarga tercinta..jauh dari bumi kelahiran..apapun ia akan menjadi kenangan yang terpahat..melaluinya dengan linangan air mata yang keluar tanpa diundang..mengalir deras walau berkali ditahan hanya kerana slot masa hari itu di isi dengan mengenang detik-detik perjuangan membawa risalah Nabi Muhammad S.A.W...Kita bukan kalah tetapi belum menang lantaran kejayaan sebenar adalah usaha demi usaha yang mendapat ganjaran Allah...bukan dilihat pada hasil tetapi kepada sejauh mana diri berusa...

Kegagalan demi kegagalan

 kegagalan demi kegagalan mengekori berulang kali mencuba dan terus mencuba namun hanya buntu yang menemui sehingga rasa hampa bertamu  menghimpit sesak di dada mungkinkah semua akan berakhir Jika diri memilih untuk berhenti berjuang Pada saat ini sedangkan  Begitu lama bertahan Akan sia sia kah  Segala sakit pahit  Yang pernah dilalui Tanpa hasil yang diharapkan... Duhai hati ...teruskan bertahan