apa lagi yang tak kena???
*meski mimpi telah pergi
*niat untuk bangkit terbentang sepi
*resah sudah terlerai
*persoalan sudah terjawap
*kegusaran kian berakhir
*keinginan hampir tercapai
*apa lagi yang tak kena???
*rasa geram makin hilang
*tiada sudah amarah membara
*tak perlu gigih menarik perhatian
*rasa tenang perlahan - lahan hadir
*namun mengapa ??
*jiwa gundah masih begini
*seakan memberontak tidak peduli
*bicara ingatan tidak bererti
*nasihat bagai angin lalu
*tak mampu memadam rindu
*dan sendu sering bertamu
*meski dulu ku yakin padu
*semua ini demi kebaikanmu
*yang patut ku syukuri
*ku hadam berkali-kali
*rupanya tahu saja tidak memadai
*apa lagi yang tak kena??
*jalan dipilih setelah sekian lama
*dengan izin Nya jua
*belajarlah hadapi
*usah terus menzalimi diri sendiri
*petunjuk yang dinanti
*meski hati pedih melalui
*itulah hakiki...: /
Tabahla..masa akan merawat segala.
Antara langkah mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong yang hadir tanpa disedari…Dan Allah amat membenci mereka yang sombong. Tanda –tanda sombong …. 1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi. 2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah. 3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, ...
Comments
Post a Comment