Hidup ini sebenarnya tidaklah sesukar mana kalau kita tahu kita hanyalah hamba dan kita pilih untuk mengikut sahaja rentak takdir yang tersurat...semuanya mudah sahaja.
Yang sukar apabilla kita mula melawan ..mula tujuk ego pertahankan apa yang kita mahu...berbanding apa yg Allah beri...terlalu banyak nikmat yang tak terhitung...
Apabila kita mahu begini tetapi yang jadinya begitu dan kita enggan menerimanya....
SUDAHLAH..BELAJARLAH MENGALAH ..BELAJAR UNTUK SENTIASA BERSETUJU DENGAN ALLAH.KERANA ALLAH MAHA MENGETAHUI..meski hati sakit..redha
from BS ~ kesilapan itu bukanlah kesalahan ,kesilapan yang salah adalah tidak pernah belajar sesuatu
daripadanya…..SELAGI MASIH ADA PELUANG... MUHASABAHlah ...usah biar kesilapan semalam terus membayangi...
Antara langkah mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong yang hadir tanpa disedari…Dan Allah amat membenci mereka yang sombong. Tanda –tanda sombong …. 1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi. 2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah. 3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, ...
Comments
Post a Comment