Hijrahku kerana MU...sebutan mudah namun tak mudah melaksana
Melangkah ke tahun baru ini,
Dengan harapan dan impian yang sama,
Dengan hati yang begini,
Berusahalah wahai diri,
Berubahlah duhai hati,
Jangan biar titik hitam itu terus mengisi,
Kekosongan jiwa yang meruntun rasa,
Waktu yang pergi tak mungkin kembali,
Masa yang beredar tak mungkin berputar,
Pandanglah ke hadapan…langkahlah dengan lebih cermat dan teliti,
Jangan biar diri tergelincir di tempat yang sama,
Walau sukar tetaplah bertahan.
kegagalan demi kegagalan mengekori berulang kali mencuba dan terus mencuba namun hanya buntu yang menemui sehingga rasa hampa bertamu menghimpit sesak di dada mungkinkah semua akan berakhir Jika diri memilih untuk berhenti berjuang Pada saat ini sedangkan Begitu lama bertahan Akan sia sia kah Segala sakit pahit Yang pernah dilalui Tanpa hasil yang diharapkan... Duhai hati ...teruskan bertahan
Comments
Post a Comment